SISTEM PENGELUARAN BAGAIMANA MENTERNAK ARNAB DAGING SECARA KOMERSIAL ? Peternakan arnab daging secara komersial hendaklah meliputi dua bahagian utama yang saling berkaitan tetapi dalam sistem pengurusan yang berbeza sedikit iaitu:
Penternakan untuk pembiakan baka adalah untuk menghasilkan baka-baka mengikut jurusan tertentu, dalam hal ini adalah jurusan pedaging, dan kumpulan ini dipangil stok induk. Dari stok lnduk ini pula melalui program pembiakan yang di tetapkan akan menghasilkan pula stok induk tual.
Kumpulan stok induk tuai tadi dengan melalui program pembiakan akan menghasilkan pula anak-anak. Semua anak-anak ini akan digemukkan dalam masa 2-3 bulan untuk mendapatkan dagingnya. Penternakan arnab selain untuk pengeluaran daging juga digunakan untuk pengeluaran fur (kulit bersama bulunya) dan wol (bulu). Bagaimanapun cara pengurusan adalah belainan sedikit. BAKA APAKAH BAKA ARNAB YANG SESUAI DITERNAK UNTUK PENGELUARAN DAGING SECARA KOMERSIAL ? Baka-baka yang sesuai untuk pengeluaran daging adalah seperti:
APAKAH PERBEZAAN ANTARA ARNAB BAKA IMPORT DAN BAKA TEMPATAN ? Arnab tempatan mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan. Keistimewaan arnab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk permulaan boleh juga menggunakan arnab tempatan. Tetapi untuk pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging. Pemilihan baka Pedaging biasanya diimport di atas adalah kerana berapa ciri pedaging yang ada pada arnab import lebih ketara berbanding pada arnab tempatan, seperti:
DI MANAKAH BAKA-BAKA ARNAB BOLEH DIDAPATI DAN BERAPAKAH HARGANYA ? Baka arnab jurusan pedaging ini adalah baka-baka arnab yang boleh dimport dari negara-negara seperti United Kingdom, German Barat, ltali dan Perancis. Namun begitu, terdapat beberapa ladang di negara kita yang telah menjual baka-baka ini, dan harganya adalah lebih murah berbanding dengan import secara terus. Senarai ladang-ladang dalam appendix 1. SAIZ EKONOMI BERAPAKAH SAIZ EKONOMI PETERNAKAN ARNAB PEDAGING?
APAKAH CIRI-CIRI PEMILIHAN KAWASAN YANG BAIK UNTUK MENTERNAK ARNAB PEDAGING ? Beberapa ciri yang boleh dijadikan garis panduan dalam pemilihan sesuatu kawasan untuk menternak arnab seperti dibawah:
KAWALAN PENYAKIT APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENCEGAH DARI SERANGAN PENYAKIT ? Untuk panduan umum, langkah-langkah kawalan penyakit yang minimum adalah seperti berikut:
APAKAH KEPENTINGAN MENYIMPAN REKOD DALAM PENTERNAKAN ARNAB ? Kepentingan menyimpan rekod adalah untuk:
DIMANAKAH MAKANAN PELET ARNAB BOLEH DIBELI ? Makanan ini boleh dibeli di kedai-kedai makanan ternakan arnab dan dikeluarkan dalam beberapa jenama. Makanan ini berbentuk pelet atau untilan yang keras, yang mempunyai saiz garispusat 4 mm dan paniang 2-3 sm. Diisi dalam beg-beg dan berat setiap beg mengandungi 50 kg pelet. Makanan ini mengandungi segala zat-zat untuk pertumbuhan badan arnab sekurang-kurangnya pada kadar kuantiti yang minimum. Disamping itu makanan ini boleh disimpan untuk jangka masa yang lebih lama dalam stor dan boleh digunakan apabila dikehendaki. Senarai pembuat makanan ternakan arnab seperti dalam appedix 2. CARA PEMBERIAN MAKANAN ADAKAH APA-APA MASALAH DALAM PENGUNAAN MAKANAN PELET INI ? Masalah dalam pengunaan makanan ini adalah mutunya tidak tetap. Juga banyak untilan yang mudah pecah dan lebih banyak berdebu. Kerapkali kandungan zat-zat tidak tetap dalam setiap beg makanan yang dibeli. Oleh itu pilihlah jenama dari pengeluar makanan arnab yang disyorkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Kerap kali, apabila berlaku masalah ini, penternak menukar makanan arnab kepada jenama lain. Perbuatan ini adalah tidak digalakkan, kerana akan memberi masalah yang lebih besar kepada arnab seperti kembung dan boleh mengakibatkan kematian. Kalau perlu membuat penukaran makanan (atau memberi makanan yang baru dibeli walaupun dari jenama yang sama), lakukan percampuran dengan makanan yang sedia ada secara perlahan-lahan dalam masa 1 minggu. Jangan lakukan pertukaran secara mendadak atau sekaligus. MAKANAN TAMBAHAN ADAKAH DAUN-DAUN BOLEH DIBERI KEPADA ARNAB PEDAGING ? Pemberian bahan hijau ini hendaklah diingati sebagai makanan tambahan sahaja. Jumlah yang patut diberi adalah mengikut jumlah yang boleh dimakan oleh arnab itu. Bahan-bahan hijau yang boleh digunakan seperti daun keledek dan daun kangkung. Lebihan kegunaan dapur juga boleh dimanfaatkan seperti daun kobis, sawi dan kacang panjang. Satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam pemberian bahan hijau ini ialah kebersihan dan kandungan air pada bahan hijau tersebut. Untuk ini daun-daun tersebut hendaklah dibasuh dulu beberapa kali dan kemudian dikeringkan pada panas matahari selama 2-3 jam. Kemudiannya bolehlah diberikan kepada amab. Lebihan sisa-sisa bahan hijau pada keesokkan harinya hendaklah dibuang, dan jangan digunakan lagi. Makanan utama iaitu makanan pelet arnab hendaklah diberikan dan boleh didapati di kedai jualan makanan ternakan. PEMBIAKAN BAGAIMANAKAH CARA MENGAHWINKAN ARNAB ? Sebenarnya cara mengahwinkan arnab adalah mudah dan ringkas. Masukan arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai "territorial behaviour" yang kuat dan akan menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut. Masa mengawan antara 1-5 minit sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tadi. Lakukan waktu proses mengawan arnab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan di waktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.
KHIDMAT NASIHAT DIMANAKAH BOLEH SAYA MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN PENTERNAKAN ARNAB SECARA KOMERSIAL ? Anda boleh menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran. Ataupun menghubungi terus ke lbu Pejabat Perkhidmatan Haiwan seperti alamat di bawah: IBU PEJABAT PERKHIDMATAN HAIWAN, TINGKAT 8 & 9, BLOK A, WISMA CHASE PERDANA, OFF JALAN SEMANTAN, BUKIT DAMANSARA, 50630 KUALA LUMPUR. [u.p: UNIT PEDAGING (ARNAB) TEL: 03-2540077 SAMBUNGAN: 144 dan 145 MAKLUMAT TAMBAHAN BERAPA BANYAK MAKANAN PELET INI PERLU DIBERIKAN ? Sebagai panduan kasar angaran dibawah boleh dijadikan ukuran. KADAR PEMBERIAN MAKANAN RANSUM PELET ARNAB.
Disediakan oleh Unit Pedaging (Arnab) Jabatan Perkhidmatan Haiwan |
Saturday, July 23, 2011
REBAN KINI, (Dipetik drp. arnab-manja.blogspot.com)
Model modular
REKA BENTUK MODULAR
MODULAR CAGE PLAN
BAHAN DAN PERALATAN
Berikut adalah bahan serta peralatan yang diperlukan untuk membina cage cara D.I.Y ( Do It Your self).
Bahan.
1. Jaring dawai 1 inci X 2 inci
2. jaring dawai 1 inci X 0.5 inci
Peralatan.
1. Pemotong dawai
2. Playar hujung tirus panjang
3. Kabel tai
4. Marker
5. Pita pengukur
Kesemua bahan dijual dengan ukuran lebar standard 4 kaki dan 3 kaki dengan ukuran panjang yang pelbagai. Bahan dan peralatan ini boleh diperolehi dari kedai bahan pembinaan tempatan. Bagaimanapun, jika kesukaran untuk mendapatkan bahan dan peralatan berkenaan, pihak kami sedia membantu.
Berikut adalah harga yang kami tawarkan.
Harga bahan : RM6.50 sekaki panjang.
Set peralatan : RM32.00 satu set.
Pihak kami juga menawarkan modular cage siap pasang dengan harga yang amat kompetetif*
1. Model 4S ( 4 sel dalam 1 unit ) = RM220.00 / unit
2. Model 2S ( 2 sel dalam 1 unit ) = RM120.00 /unit
* Penghantaran ke seluruh Malaysia, minima tempahan 10 unit untuk model 4S atau 20 unit model 2S
Harga modular cage pasang sendiri (D.I.Y) lengkap**#
1. Model 4S ( 4 sel dalam 1 unit) = RM160.00 /unit
2. Model 2S ( 2 sel dalam 1 unit = RM80.00 / unit
** Penghantaran ke seluruh Malaysia tanpa had minima
# Termasuk manual bergambar cara pemasangan
Kesemua harga tidak termasuk kos penghantaran.
LANGKAH 1- KERJA-KERJA MEKANIKAL
Bukakan gulungan dawai bersaiz 1 inci X 2 inci( rangka utama )di kawasan lapang yang rata dan sesuai, buat ukuran panjang reban yang dikehendaki. Contohnya, jika kita inginkan 1 reban dengan 4 sel bersaiz 18 inci lebar, panjang jaring yang perlu dipotong ialah 74 inci, tandakan dengan pena penanda sepanjang dawai yang akan dipotong. Pastikan potongan ikut lebar gulungan dawai.
1. Pastikan ada beban yang sesuai diletakkan diatas gulungan dawai yang telah dibuka. Ini untuk mengelakkan dawai berkenaan bergulung ke bentuk asal. Dawai bersifat anjal.
2. Potongan terakhir, peringkat cerai gulungan dengan potongan yang dikehendaki boleh menyebabkan kecelakaan. Hati-hati, hujung yang runcing boleh mendatangkan kecederaan.
Kaedah yang sama juga perlu dilakukan untuk mendapatkan dawai alas lantai ( dawai 0.5 inci X 1 inci )
Kuantiti dawai rangka yang perlukan: 2 keping dengan panjang yang sama.
Kuantiti dawai alas yang diperlukan : 1 keping dengan panjang yang bersamaan dengan dawai rangka.
Berikut adalah kedudukan dawai selepas dipotong
LANGKAH 2
i. Kerja-kerja membentuk sudut
Kerja-kerja ini perlu dilakukan di atas alas yang sepadan untuk keselesaan seperti meja atau rangka tapak sangkar yang telah dibuat terlebih dahulu.
Kaedah pembentukan sudut.
Menggunakan dua batang kayu berukuran 12 inci sebagai alas, tekan kayu A ke bawah untuk membentuk sudut 90 darjah jaring diwaktu yang sama kayu B juga perlu diberikan tekanan untuk memudahkan sudut yang diperlukan terbentuk
KLASIFIKASI ARNAB

Subscribe to:
Posts (Atom)